Saturday, January 21, 2006

IDENTITI...................identiti......

"Bismillahirrahmanirrahim
Di akhir zaman, di zaman kita ini Orang yang berpelajaran agama identitinya punah sekali Gila dunia mereka sangat ketara Ego dan hasad dengki mereka menjadi pakaian mereka Hendak disatukan hati mereka payah sekali Kerana mereka tidak seia sekata Akhlak mereka macam orang biasa Amal ibadah mereka tidak dihayati

Pakaian mereka apatah lagi Tidak mencorakkan mereka orang yang berpelajaran agama Kalau mereka bergaul sesama manusia orang tidak kenal mereka Orang ramai menyangka mereka bukan berpelajaran agama
Sifat malu mereka sudah tidak ada Perkataan mereka adakalanya merapu macam orang jahat sahaja Hingga orang ramai tidak hormat kepada mereka

Orang ramai pun tidak peduli kepada mereka Mereka lebih suka beridentitikan orang ramai daripada beridentitikan ahli agama Mereka malu hendak melahirkan hidup secara agama Maka hiduplah mereka macam orang biasa Mereka tidak lagi menjadi contoh kepada orang-orang biasa Maka terbiarlah orang ramai tidak ada role model di zamannya Kerana orang agama sudah hanyut dengan arus dunia Maka rosaklah agama orang ramai Kerana contoh sudah tidak ada Maka berlakulah kejahatan merata-rata Maka di zaman itu rahmat ditarik, berkat tidak ada Maka bermacam-macam bala bencana Tuhan tunjukkan kepada mereka

Akhirnya hidup huru-hara Kebahagiaan dan keharmonian punah sama sekali Akibat daripada orang yang berpelajaran agama tidak beragama"

tokpenghulu / www.tranungkite.net

No comments: