Monday, June 12, 2006

MAJLIS NIKAH .....sahabat sekolah rendah







ALHAMDULLILLAH sahabat sekolah rendah saya MOHD FADZLI SHAH selamat menjadi pengantin baru.insyaallah semoga MURAH REZEKI DAN BERKEKALAN HENDAKNYA.

Friday, June 09, 2006

kisah si PEMALAS ....renungkanlah...

annas menulis "Menurut satu kisah tauladan,suatu hari,Imam Hanafi (juga digelar Abu Hanifah) sedang berjalan-jalan melalui kawasan perkampungan di ibu kota Baghdad.Sewaktu melintasi sebuah rumah,tiba-tiba telinga ahli fikah terkenal itu mendengar suara seseorang sedang merintih.Memberhentikan langkahnya,Imam Hanafi lantas mengamati suara berkenaan.Dia dapat mendengar jelas rintihan seorang lelaki dari rumah itu.Apa agaknya yang berlaku ?

Imam Hanafi mendengar suara rintihan itu dengan jelas.Dalam esak sendu tangisnya lelaki itu berkata :

" Aduhai ! Kenapa malangnya nasibku.Rasanya tiada orang lain yang lebih malang daripada aku.Sejak semalam tiada secebis pun makanan yang dapat ku makan.Badanku semakin lemah."

" Ya Allah.Tiada lagikah hati-hati yang belas kasihan memberi aku sedikit makanan.Aku pohon kepada-Mu ya Allah,kabulkanlah permintaan hamba-Mu ini." doa lelaki tersebut.

Amat tersentuh perasaan Imam Hanafi sebaik mendengar rintihan begitu.Dia cuba mengintai-intai ke dalam rumah,tetapi tiada sesiapa dilihatnya.Puas dia menerawang segala sudut rumah tetapi masih gagal melihat apa-apa.Cuma yang masih kedengaran hanyalah suara rintihan berulang-kali.Setelah puas menunggu,dia membuat keputusan pulang kerumahnya.Dia mengambil sedikit wang dan membungkusnya dalam uncang lalu bergegas semula ke rumah lelaki tadi.(Sungguh mulia sikap Imam Hanafi).Sebaik sampai,Imam Hanafi melontarkan bungkusan wang melalui jendela yang terbuka kemudian menyambung perjalanannya semula.

Lelaki yang merintih itu terkejut mendapati sebuah bungkusan tiba-tiba terjatuh di hadapannya.Dengan pantas dia berlari ke jendela untuk melihat siapakah gerangan manusia pemurah itu.Puas lelaki itu meninjau-ninjau di luar jendela namun tiada sesiapa yang kelihatan.Lelaki berkenaan menuju semula ke arah bungkusan yang belum diusik.Sebaik dibuka,alangkah terkejutnya lelaki itu apabila mendapati wang emas berkilauan.Terselit sama secebis nota yang berbunyi :

" Hai manusia,sesungguhnya tidaklah wajar kamu mengeluh dan merintih akan nasibmu.Ingatlah akan kemurahan Allah dan cubalah memohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh.Janganlah terlalu cepat berputus-asa,tetapi berusahalah bersungguh-sungguh.InsyaAllah,Tuhan akan menolong kamu."

Keesokan harinya Imam Hanafi sekali lagi melintasi rumah yang sama.Sekali lagi beliau terdengar lelaki itu merintih.Katanya :

" Ya Allah.Ya Tuhan Yang Maha Pemurah.Sudilah kiranya Engkau membukakan pintu hati seseorang agar memberikan aku bungkusan seperti semalam sekadar menyenangkan hidupku yang melarat ini".

" Jika Engkau tidak mendengar permintaanku,bertambah sukarlah hidupku.Kau ubahkanlah nasibku ini Ya Allah.Telah begitu lama aku menderita.Kalau tidak Engkau siapa lagi yang dapat membantu diriku ini."

Selepas mendengar keluhan itu,Imam Hanafi tanpa berfikir panjang melemparkan satu lagi bungkusan melalui jendela yang sama sambil bergegas meninggalkan kawasan tersebut.Lelaki itu terlalu gembira mendapat bungkusan kedua kerana menyangka segala doanya diperkenankan.Apabila bungkusan dibuka,ia memang berisi wang seperti yang dihajatinya dan terdapat lagi secebis nota.

Kali ini kandungan nota itu berbunyi :

" Hai sahabat,bukan begitu cara memohon.Alangkah baiknya jika engkau berusaha dan berikhtiar.Dengan hanya berdoa tanpa usaha,malas namanya.Allah tidak menyukai orang malas, apatah lagi yang berputus-asa.Sesungguhnya,Allah swt tidak redha melihat seseorang bersifat pemalas dan berputus-asa."

" Ingatlah,hendak senang mesti berusaha.Kita tidak disuruh duduk diam dan berdoa sahaja.Allah tidak akan perkenankan doa orang yang tidak berusaha."

" Carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan diri.Berikhtiarlah di samping berdoa memohon pertolongan hanya kepada Allah swt.Banyak yang dapat engkau lakukan.Saya doakan semoga engkau beroleh kejayaan."

Lelaki itu termenung seketika memikirkan isi kandungan nota yang dibacanya sebentar tadi.Dia merasa amat malu pada dirinya lantas menadah tangan:

" Ya Allah Ya Tuhanku.Ampunkanlah dosaku selama ini."

Keesokan harinya,lelaki berkenaan keluar mencari pekerjaan dengan hasrat mendapatkan rezeki halal untuk menyara hidupnya.Dia bertekad tidak akan menghabiskan masa dengan berdoa sebaliknya bekerja dan berusaha mengikut syariat Islam.Sejak itu,cara kehidupannya bertukar.Dia tidak lagi merintih seperti sebelumnya.Lelaki itu bukan sahaja menjadi seorang yang rajin bekerja tetapi juga kuat beribadat,pemurah dan sering membantu orang lain yang dalam kesusahan.