Saturday, February 25, 2006

KEMEWAHAN.....

BAHAYA KEMEWAHAN

Tuesday, 26 April 2005
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,"Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah).Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda,"Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti,pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula.Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?".Maka jawab sahabat,"Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini.Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki".Lalu Nabi saw. bersabda,"Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".H.R. Termizi Keterangan Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat. Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)". Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

Dikemaskini ( Tuesday, 26 April 2005 )

WWW.TRANUNGKITE.NET

Thursday, February 23, 2006

ORANG..MISKIN

Ingin kami mengingatkan saudara dan saudari, tuan dan puan,
Jasa fakir miskin yang selama ini kita lupakan,
Setengah orang pula memandang jijik dan menghinanya,
Kalau kita renungkan, masya-Allah mereka telah berjasa kepada bangsa
dan negara,
Cuba gambarkan kalau fakir miskin tiada atau tidak bekerjasama,
Apa akan jadi kepada bangsa dan negara dan kepada kita semua,
Beras dan sayur, lauk-pauk, siapa yang menyediakannya,
Di ladang-ladang kapas, di fabrik-fabrik benang dan kain siapa yang
bekerja?,
Sudah tentu tiada apa yang dimakan,
Apatah lagi mana hendak dicari kain untuk dipakai,
Bagaimana pula tempat tinggal kita tiada buruh kasar membinanya,
Sudah tentu tiada erti kuasa dan kaya, kalau tempat tinggal tidak selesa,
Marilah kita renungkan betapa besarnya jasa mereka,
Entah berapa batang dan panjangnya jalan raya yang mereka bina,
Setiap hari mengeluarkan keringat membanting tulang,
Kerja di ladang dan membangun negara,
Untuk hasil dan kemajuan serta makanan semua kaum dan bangsa,
Setiap hari mereka dilambung ombak menangkap ikan, nelayan namanya,
Untuk kepentingan orang lain, sedangkan mereka tidak menjadi kaya,
Adakalanya tenggelam di laut untuk bangsa dan negara,
Marilah bersama-sama kita mengenang jasa mereka,
Marilah bersama-sama kita bantu kehidupan mereka,
Marilah kita berdoa agar mereka menjaga syariat,
Moga-moga kerja mereka diberi pahala.

30.03.1997
sahibuzaman

dipetik dari :www.tranungkite.net

kelebihan.bersujud........Fikir-fikirkan...

"Allah s.w.t telah mewajibkan hambaNya untuk Solat 5 kali sehari semalam.Kisah penyerahan "watikah' oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t di malam Israk dan Mikraj terhadap kewajipan solat begitu menakjubkan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Ada tanda-tanda mereka pada wajah mereka,daripada sebab bekas sujud" (Al-Fath:29)

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Suatu cara yang lebih utama yang dapat dilakukan seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t adalah dengan melakukan sujud di tempat sunyi." (HR : Ibnu Mubarak)


Ramai cerdik pandai telah membicarakan kelebihan solat yang dikerjakan oleh umat Islam dari segi sains mahupun kesihatan tubuh badan.

Sekadar maklumat bersama:

Seorang doktor Neurologi dari Amerika Syarikat telah melakukan kajiannya tentang urat saraf (neurologi) telah menemui keajaiban yang tidak dapat diterima akal fikiran.

Dalam kajian tersebut,beliau telah mendapati bahawa terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa,akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat.Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja.Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat saraf tersebut mengikut kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam.Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Doktor tersebut amat kagum dengan penemuan tersebut,lantaran itu dia telah memeluk agama Islam.Setelah memeluk Islam,beliau amat yakin akan perubatan secara Islam dan telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".

Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatanya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran.Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa,madu lebah,biji hitam(black seed) dan sebagainya.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Manakala pernafasan ketika sujud pula boleh:

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang
terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit Hernia.(Burut).

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit Apendiks
atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk
berehat dan mengimbangkan lingkungan
bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian Pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10.Mengerakkan otot bahu,dada,leher,perut serta
punggung ketika akan sujud dan bangun dari
pada sujud.

11.Pergerakkan otot itu menjadikan ototnya lebih
kuat dan elastik,secara automatik memastikan
kelicinan perjalanan darah yang baik.

12.Bagi Wanita,pergerakan otot itu menjadikan
buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.

13.Mengurangkan kegemukan.

14.Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita
bersalin,organ peranakan mudah kembali ke
tempat asal serta terhindar daripada sakit
gelombang perut (Convulsions).

15.Organ terpenting iaitu otak manusia menerima
banyak bekalan darah dan oksigen.

16.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba
menerima pengepaman darah ke otak secara
kuat dan mengejut serta terhindar penyakit
salur darah dan sebagainya.

17.Dari segi psikologi pula,Sujud membuatkan kita
merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Esa
Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong
riak,takbur dan sebagainya.


Rujukan:

1. Dipetik daripada Arab News,7 Januari (atau Februari) 1987.

maaf sekadar renungan kita bersama...."


dipetik dari :www.tranungkite.net

Tuesday, February 21, 2006

satria.................SATRIA

Dihantar Oleh : pakngah

"Oleh: Satria Sejati "Putera Islam"

Senjataku ada ditanganku …
Dan ditasku kusimpan kain kafanku …
Oh umatku tunggulah …
Jangan merasa hina …

Dengan akidahku aku menjadi kuat …
Terus meniti zaman …
Bentengku kokoh berdiri …
Menahan gelombang fitnah …

Dan kesabaran jadi bekalku …
Menghadapi berbagai ujian …

Biar mereka hancurkan rumahku …
Ia hanya terbuat dari tanah …
Kemahku kan tetap berdiri …
Walau diterpa angin topan …

Aku kan terus menghujani mereka …
Bahang lava gunung berapi …
Kemarahanku kan menyesakkan mereka …
Dalam hina dan ketakutan mereka …

Selamanya mereka tak boleh tinggal di tanah kaum muslimin …
Sedang aku masih hidup di dunia …

Biar mereka tumpahkan darah kami …
Mengalir di atas tanah …
Mereka takkan bisa tenang …
Berada di tempat perlawananku …

Kami kan jadi gunung berapi yang meletus …
Kami juga bagai bara …
Wahai negara kufur …
Yang di pimpin bangsa merah …

Kami takkan rela hidup seharipun …
Dalam hina dan tekanan …

SATRIA SEJATI
“Putera Islam”"

NUKILAN:WWW.TRANUNGKITE.NET

satria.................SATRIA

Dihantar Oleh : pakngah

"Oleh: Satria Sejati "Putera Islam"

Senjataku ada ditanganku …
Dan ditasku kusimpan kain kafanku …
Oh umatku tunggulah …
Jangan merasa hina …

Dengan akidahku aku menjadi kuat …
Terus meniti zaman …
Bentengku kokoh berdiri …
Menahan gelombang fitnah …

Dan kesabaran jadi bekalku …
Menghadapi berbagai ujian …

Biar mereka hancurkan rumahku …
Ia hanya terbuat dari tanah …
Kemahku kan tetap berdiri …
Walau diterpa angin topan …

Aku kan terus menghujani mereka …
Bahang lava gunung berapi …
Kemarahanku kan menyesakkan mereka …
Dalam hina dan ketakutan mereka …

Selamanya mereka tak boleh tinggal di tanah kaum muslimin …
Sedang aku masih hidup di dunia …

Biar mereka tumpahkan darah kami …
Mengalir di atas tanah …
Mereka takkan bisa tenang …
Berada di tempat perlawananku …

Kami kan jadi gunung berapi yang meletus …
Kami juga bagai bara …
Wahai negara kufur …
Yang di pimpin bangsa merah …

Kami takkan rela hidup seharipun …
Dalam hina dan tekanan …

SATRIA SEJATI
“Putera Islam”"

NUKILAN:WWW.TRANUNGKITE.NET

Sunday, February 19, 2006

perlawanan persahabatan ...yang takde menang dan kalah...





modus operandi kami berfutsal untuk menjalinkan persahabatan dan urusan perniagaan kecil-kecilan kami bersama sahabat perniagaan kami.

# sihatceriacergas adalah motto kami

Saturday, February 18, 2006

OPERASI DATA ENTRY ...NCD SURVEILANCE,KKM






alhamdullillah kami ditawarkan untuk menyediakan perkhidmatan DATA ENTRY untuk ncd survellance .

# pihak syarikat kami bersiap sedia jika ditawarkan tugas TOTAL DATA SURVEILLANCE / ENTRY SERVICES ( TDSES)

pihak kami mempunyai lokasi dan peralatan untuk ad-hoc projek dengan kelengkapan 20 workstation dan server serta 15 orang kakitangan statistik ( kontrak ) yang sedia berkhidmat.

lokasi utama kami ialah di putrajaya. insyaallah cawangan kedua kami di BANDAR BARU BANGI , SELANGOR akan dibuka pada bulan 6 ini.

KELAB FUTSAL KERAMAT



pada hari ini.18.2.2006 maka dengan rasminya lahirlah KELAB FUTSAL KERAMAT...

# ahli kelab " KFK " yang pakai baju ditaja oleh SAMSUNG .yang tak tu adalah sahabat perniagaan kami ARVORE INTERACTIVE. jika ada sesiapa atau kelab yang sedia untuk berguaru-senda bersama-sama . kami amat sudi-sudikan jemputlah dengan bangga hati kami datang. hubungi pengurus kelab

KELAB FUTSAL KERAMAT .
encik eicad @ irsyad . no hp : 0122235596 / 0126214539 / 0192136502 . tempahan hanya diterima jika diberitahu 2 minggu sebelum perlawanan.

Tuesday, February 14, 2006

operasi INTERIOR DESIGN di KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA....





lawatan sahabat perniagaan kami..Y.M RAJA AZHAR ke PENGKALAN-KERAMAT di PUTRAJAYA





PERINGATAN ..EKONOMI

Benarkan kita BERIMAN KEPADA QURAN DAN KITAB ALLAH SWT?
Sila rujuk Surah Yusuf ayat 43 – 50,
[43] Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat: Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai mentafsirkan mimpi". [44] Mereka menjawab: "Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu".
[45] Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: "Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) ".
[45] Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: "Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) ".
[46] (Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya".
[47] Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
[48] Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
[48] Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
[49] "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
[50] Dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir:" Bawalah dia kepadaku! "Maka ketika utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap raja), Yusuf berkata kepadanya: Kembalilah kepada tuanmu kemudian bertanyalah kepadanya: "Apa halnya perempuan-perempuan yang melukakan tangan mereka? Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka.
RUJUK KEADAAN EKONOMI SEBENAR
Jika kita rujuk kepada keadaan ekonomi dunia, bermula dari tahun
1977 –1984 : (Tahun yang hebat.) Sekitar tahun tersebut, Malaysia telah berkembang maju dengan sector pertanian, banyak ladang dibuka dan pertanian menjadi sumber ekonomi Malaysia yang hebat. Beliau 4B, Merbau berdarah dan banyak lagi ladang dibuka untuk tanaman kelapa sawit dan lain-lain. Kebanyakan umat Islam, berkebun dan bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil yang boleh dijual dan mereka hidup di dalam keadaan yang mewah. Bertanah dan berwang.
1984 –1991 : Tahun yang bermasalah Ketika itu negara sedikit mundur kerana, hasil pertanian mendapat kurangnya permintaan. Ditambah lagi dengan pengangguran yang teruk menghimpit rakyat Malaysia, berlaku pada tahun 1987 dan 1988. Graduan keluar dan tidak mempunyai pekerjaan, walaupun mereka mendapat biasiswa dan pinjaman. Selain dari itu, secara globalnya, negara-negara lain juga menghadapi masalah yang sama. Oleh itu, penduduk kampung berhijrah ke Bandar untuk mendapatkan kerja-kerja. Meninggalkan ladang di kampung. Pertanian dikampung tidak lagi menjadi aktiviti penting, lalu orang tua yang tinggal mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan dan keadaan keluarga semakin berkurangan, adalah merupakan usaha untuk mengurangkan belanja di kampung. Di dalam tempuh ini juga kilang proton didirikan dan anak-anak kampung berhijrah ke bandar untuk memohon pekerjaan, namun peluang untuk menjadi vendor Proton, tidak ramai yang perolehi akibat kedudukan kewangan yang tidak mengizinkan.
1991 – 1998: Tahun yang hebat Pelbagai industri dibuka dibandar dan pelaburan dari luar mencurah masuk. Perkembangan dapat dilihat dengan pembinaan bangunan pencakar langit, industri-industri dan Putra Jaya yang menelan belanja berbillion-billion ringgit. Ekonomi berkembang pesat, walaupun disestengah negara perang meletus, namun secara mutlaknya, dunia di dalam keadaan yang baik dan maju.
1998 – 2005 : Tahun yang bermasalah. Pada tahun 1998, Soros yang dikatakan punca kepada kejatuhan ekonomi, menyebabkan industri jatuh merudum dan penutupan banyak syarikat. Berlaku juga pengangguran yang lebih hebat yang menimpa negara Malaysia. Bermula pada tahun itu, maka Negara dengan sedikit demi sedikit cuba untuk pulih tetapi tidak seperti yang diharapkan. Kenaikan minyak yang berpunca dari peperangan dan bencana alam di Amerika menjadi alasan. Dan secara automatis, setiap negara di dunia menghadapi krisis minyak yang membebankan kesemua rakyat. Rakyat di seluruh dunia terpaksa membeli minyak dengan harga yang berlipat ganda, dan syarikat yang bersangkutan dengan minyak ini, mula menunjukkan kejatuhan di dalam tahun-tahun berakhir 2005.
KESIMPULANNYA: -
Dalam sedar tidak sedar, 7 tahun yang disebutkan, asyik sering berulang dan ramai diantara kita lupa dan tidak sedar bahwa ia sudah bertulis di dalam Al-Quran. Oleh itu bermula pada 2006 ini, marilah kita bersama-sama merebut peluang yang ada. Jika kita merujuk kepada Surah Yusuf diatas, jelas menunjukkan bahawa, Allah telah memberitahu dan jelas tertulis di dalam AlQuran untuk dijadikan panduan. Namun sikap umat Islam di Malaysia, yang tidak sengaja mengabaikan Al-Quran, secara tidak langsung tidak mengetahui isi dan rahsia yang cuba disampaikan. Jelas dengan ini bahawa, perlu kita mencontohi sikap umat Islam di Indonesia yang menggalakkan anak-anak untuk Katam Quran dan terjemahannya sekali gus. Berlainan dengan penduduk Islam di Malaysia yang sebok mengejar jumlah berkatam dibandingkan dengan usaha untuk mengetahui isi kandungan Quran itu sendiri.
Pelbagai maklumat dan pentunjuk yang telah diberikan di dalam Quran, baik yang telah kita lalui mahupun yang akan mendatang. Merujuk kepada peristiwa 9/11, ia sudah pun tertulis di dalam AL-Quran, sebagaimana pada suatu ketika, pernah hebat dibincang sesama kita akan surah yang merujuk kepada tarikh ia berlaku, ketinggian bangunan dan keadaan peristiwa itu. Cuma mungkin, bahasa yang berbunga di dalam Al-Quran, sengaja di lakukan kerana mungkin, untuk mengelak rahsia Al-Quran mudah diketahui oleh para kafir yang sentiasa mencari rahsia Islam untuk tujuan menjatuhkan Islam.
Dengan itu bersama-samalah kita mengambil kesempatan untuk mengumpul sebanyak mungkin harta dan peluang yang ada bagi mengukuhkan ekonomi Islam di dunia. Tidak lupa akan amal dan bersyukur kehadirat Illahi di atas segala pemberiannya. Rahsia ini adalah milik kita dan pada tahun 2006 ini, biarlah menjadi pemangkin akan kebangkitan Islam dan ekonominya, untuk kita dihormati oleh bangsa lain yang sekian lama cuba untuk memalukan dan menjatuhkan. Bantu sesama Islam, dan janganlah kita mengambil kesempatan atas bantuan yang saudara kita berikan. Buatkan ia menjadi bantuan yang sentiasa akan dikenang dan menjadi kan ia sebagai jambatan silaturahim sesama Islam, khas nya. Islam adalah merupakan agama yang mempunyai penganut yang paling ramai. Kuasa beli adalah milik kita, oleh itu jadikan ia senjata untuk kita terus maju. Fikir sebelum beli.
Kepada yang tamak haloba, kembalilah kembali pangkal jalan dan cubalah untuk berkongsi peluang sesama saudara Islam yang lain untuk merasai rezeki yang Allah berikan kepadanya. Semuga, sikap buruk ini terkikis dengan sendiri dan ditempatkan mereka di dalam syurga kelak.
Pertanyaan yang perlu kita jawab adalah, benarkah kita beriman dengan Kitab-kitab Allah (Rukun Iman yang ke-3). Jika benar, kenapa kerajaan dan rakyat tidak menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan kenapa kita tidak ketahui akan isi Al-Quran itu sendiri? Jika kita tidak mengiktirafkan AL-Quran, golongan apakah kita dan golongan apakah kerajaan kita? Perlu dijawab sendiri. Jangan jadikan masyarakat majmuk sebagai alasan, kerana sistem Islam baik untuk semua.

nukilan:www.tranungkite.net