Monday, January 30, 2006

kerja-kerja renovation PENGKALAN-KERAMAT COMMAND CENTER ,PUTRAJAYA




















ALHAMDULLILLAH ,

SEMPENA TAHUN HIJRAH YANG MULIA INI , kami akan memulakan operasi PENGKALAN-KERAMAT COMMAND CENTER di PUTRAJAYA .kerja-kerja renovation dilakukan pada 30-2 febuari 2006.Semoga dengan kemudahan yang serba sedikit ini akan memudahkan sahabat dan rakan perniagaan untuk berurusniaga di PUTRAJAYA.

# operasi kami di BANGI terpaksa dipindahkan ke PUTRAJAYA berkuatkuasa dengan serta -merta.SEMOGA ALLAH TAALA memurahkan rezeki kami dan sahabat-sahabat seperjuangan.

www.pengkalan.com.my / www.keramat.com.my

tel : 03-8889 3580 fax :03-8889 3480

no hp saya :019 2136502 / 012 6214539 / 012 2235596

renovation dan interior design project di BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA,KKM PUTRAJAYA






ALHAMDULLILLAH ,

kami dimurahkan rezeki untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian pejabat , pemasangan lukisan serta kerja-kerja elektrikal di pejabat BPKK,KKM PUTRAJAYA .projek ini dilakukan pada 28-30 januari 2006.terima kasih pada semua dalam menjayakan operasi ini.

maincon : KERAMAT CONSULTING
M&E : KHAIRUL AZAM & HASMADY ( BKL ENGINEERING )
I.D : ARTCASE ( Y.M RAJA AZHAR IDRIS )

# pihak kami memohon maaf kepada sahabat-sahabat atas jemputan kenduri kahwin dan gong xi fa chai kerana tidak dapat hadir.tanggungjawab kena dilaksanakan persahabatan kita akan kekal abadi insyaallah.....

MINDA AKTIF

Minda aktif seorang muslim

Oleh Norasimah Sujai

BANYAK sekali seruan dalam Al-Quran dan Hadis agar umat Islam meningkatkan ilmu, membuka minda/hati, berfikir, merenung, meneliti, bermuhasabah dan sebagainya.
Proses pembukaan minda Muslim ini sudah berlaku ribuan tahun lamanya sebelum pakar fikir seperti Stephen Covey atau Edward de Bono membuat ana lisis mengenai peri penting membuka minda demi mengupas perkembangan di sekeliling kita saban hari.
Al-Quran ada menyuruh kita memikirkan pergantian hari. Jika dikupas helai demi helai lembaran harian, kita mungkin dapat melihat dan menghayati 'isinya' yang mengandungi penuh pengertian dan nilai yang tersimpan. Setiap hari dalam kehidupan kita, wujud kelaziman melakukan perkara harian seperti bangun pagi, bersolat subuh, pergi ke sekolah atau ke pejabat, melakukan kerja rumah, berjumpa teman dan sebagainya.
Dalam melakukan kerja harian ini, kita sering mengambil mudah bahawa ia adalah hanya sebagai suatu 'perkara biasa'. Namun, kita lazimnya terlupa bahawa apa yang kita anggap suatu kebiasaan sebenarnya sesuatu yang membentuk sejarah dan keperibadian diri yang ada pada kita sekarang.
Siapa diri kita hari ini adalah hasil daripada pengalaman dan perlakuan kita pada hari-hari sebelumnya. Begitu juga pandangan orang lain terhadap diri kita adalah hasil daripada penerimaan kita terhadap mereka.
Perubahan boleh bersifat kecil sehingga global seperti ledakan teknologi maklumat (Internet, SMS, MMS dan sebagainya).
Namun, ada banyak perkara lain yang berkaitan dengan perubahan ini yang sepatutnya tidak diambil lewa.
Antara yang utama ialah isu keluarga Muslim - kadar perceraian tinggi (satu setiap tiga perkahwinan). Ia bersangkut-paut dengan ekonomi keluarga, komunikasi, pembentukan akhlak dan keakraban keluarga.
Dengan adanya peluang berkomunikasi melalui teknologi, tidak seharusnya kita mengurangkan perhubungan bertentang muka dengan isteri atau anak, lebih-lebih lagi untuk menziarahi sanak saudara, sahabat handai dan tetangga.
Hubungan melalui teknologi moden juga boleh memudahkan tetapi janganlah ia dianggap sebagai pengganti masa kerana masa yang digunakan untuk saling berziarah sangat besar ertinya dan berkait kuat dengan kehalusan pekerti dan sikap timbang rasa.
Masa-masa yang kita lalui bersama keluarga dan teman setiap hari janganlah dianggap mudah.
Perkara seperti ini terkait pula kepada masalah kesihatan kerana tekanan, masalah ekonomi kerana kehilangan mata pencarian, masalah menangani perhubungan dengan anak-anak dan masalah lain yang menyebabkan kemuraman dalam hubungan keluarga.
Bagi anak-anak pula, kesan kehilangan ayah atau ibu, terutama akibat perceraian, amat dirasakan. Suatu kebiasaan yang selalu dirasakan setiap hari seperti kasih sayang dan kemesraan ibu bapa, masakan ibu, gurau senda dalam keluarga tiba-tiba pergi bagai direntap daripada 'kebiasaan' hari-hari yang selalu dimiliki.
Apabila perkara seperti ini berlaku, barulah kita menyedari betapa pentingnya setiap detik yang berlalu. Barulah kita rasai dan mengerti akan tingginya nilai masa yang kita lalui.
Alim besar Indonesia, almarhum Profesor Hamka, pernah berkata, 'Hidup ibarat rantai kesulitan yang sambung-menyambung. Kesusahan tidak dapat dielakkan, hanya ditempuh dengan hati yang tabah. Melalui keberanian, menunjukkan kesanggupan manusia menempuh hidup.'
Maka itu, adalah elok jika kita dapat kupas kembali setiap malam yang berlalu supaya boleh kita contohi dan perbaiki diri serta pertingkatkan iman.
Apabila kita sedar dan mampu mengupas helai demi helai lembaran harian, kita akan dapati pengertian dan nilai hidup yang tersimpan. Dengan mengembang kan minda, banyak hal yang kita tidak tahu akan kita ketahuinya, sesuai dengan keinginan kita.
Terdapat banyak ayat Al-Quran dalam hal ini khususnya dalam Surah Al-Rahman ayat 33 bermaksud:
'Wahai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuasaan atau dengan ilmu dan bukakanlah minda anda seluas-luasnya.'
...........................Nota: Penulis, ibu empat anak dan masih belajar bagi sarjana muda, kini bertugas di Jamiyah Singapura.

petikan dari :www.buletinonline.net

Sunday, January 29, 2006

ricky dan gerakerja.....operasi hotel quality,kuala lumpur










ALLHAMDULLILLAH ,

terimakasih kepada ALLAH TAALA dengan rahmat dan belas ikhsannya kami ditawarkan kerja-kerja menguruskan mesyuarat bahagian kawalan penyakit tidak berjangkit iaitu KPAS/NCD pada 22-25 januari 2006. terima-kasih pada staf-staf dan consultant yang bekerja keras untuk menjayakan majlis dengan jayanya.

nama operasi : hotel quality ,kl

modus operandi : menyediakan sistem audio/video kualiti dvd direct recording link with keramat presenter system .menyediakan peralatan presentation seperti lcd,screen,komputer,color printer,lcd flat screen dan percetakan.

anggota terlibat : razif , hafifi , idzwan ,umar dan asnawi .
consultant : najib @ bijance dan shamsul

# terima kasih pada kakitangan NCD,KPAS serta kakitangan hotel yang banyak membantu melancarkan operasi kami.semoga kita semua mendapat ilmu dan dimurahkan rezeki sepanjang perjalanan hidup ini. amin.

# pihak kami memohon maaf kepada sahabat-sahabat atas jemputan kenduri kahwin dan gong xi fa chai kerana tidak dapat hadir.tanggungjawab kena dilaksanakan persahabatan kita akan kekal abadi insyaallah.....

senyum......senyum....SENYUM..

Dihantar Oleh : basharmad

"Hadis dari Abu Dzar R.A. bahawa Rasulallah SAW yang bermaksud "Tidak ada lain dari anak Adam itu sedekah pada tiap-tiap hari yang naik matahari padanya."
Bertanya para sahabat, "Dari mana datangnya harta untuk kami bersedekah wahai Rasulallah?" Sabda Nabi, "Bahawa pintu-pintu kebajikan itu banyak; Tasbih, Takbir, Tahlil, Amar makruf dan mencegah mungkar, membuang duri di jalan, mendengar orang pekak, menunjuk jalan kepada orang buta, menunjuk arah perjalanan kepada yang meminta ditunjuk, memberi air minuman kepada yang dahaga, menolong meringankan beban orang yang tidak berdaya.

Semua itu sedekah bagi diri kamu." Malah dalam riwayat yang lain menambah, "Senyum anda terhadap saudara anda adalah sedekah." Hadis riwayat Ibn Hiban dan Al Baihaqi. Ini adalah sebuah hadis yang dikira cukup baik yang memerlukan setiap orang berfikir, dapat mengetuk dan membuka pintu hati dan jiwa manusia kearah kebajikan dan juga dapat mengikat diri manusia dengan kasih sayang dan cinta yang mendalam.

"SEDEKAH" perkataan yang selalu didengar, biasanya dikaitkan dengan wang ringgit dan hartabenda. Ia berlaku apabila si kaya membantu si miskin, atau orang yang kuat memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Demikianlah fahaman sempit yang selalu kita dengar dan kesannyapun amat terhad.

Tidaklah dinafikan bahawa ianya mampu menjadi satu mekanisma untuk menwujudkan keadilan sosial dalam masyarakat, tetapi hadis ini meluaskan lagi skop sedekah dan pemikiran mengenainya; iaitu dari makna kebendaan kepada makna yang bersifat kejiwaan, membuka suatu ruang yang luas tanpa sempadan.

"SETIAP YANG BAIK ITU SEDEKAH.....
SETIAP ORANG MAMPU BERSEDEKAH." Benar, sedekah dari skop kebendaan adalah terbit dari hati yang baik, kalau tidak sedekah atau derma itu menjadi riyak, bohong, menunjuk-menunjuk kotor dan keluar dari hati yang tidak ikhlas. Maka kalau sedekah yang lahir dari hati yang tulus dan jiwa yang baik, itulah sumber kebaikan yang sebenar kerana setiap yang baik terbit dari jiwa yang baik dan setiap yang kotor keluar dari hati yang kotor.

Jesteru itu, sebuah senyuman manis yang ikhlas adalah lahir dari jiwa yang jernih dan tulus ikhlas. Itulah realitinya.

Seseorang yang membantu orang lain dengan wang seringgit atau dua ringgit, membantu orang yang lemah melintas jalan, menolong mengangkat barang yang berat ataupun lain-lain yang seumpama, dan ianya terbit dari hati yang bersih dan ikhlas maka itulah yang dikatakan rasa kemanusiaan yang amat tinggi nilainya. yakni dengan menolong sesama manusia terasa ada hubungan kemanusiaan antara yang menolong dan yang ditolong.

Melalui hadis ini, Rasullallah menggambarkan betapa kebaikan hati dan jiwa itulah punca yang melahirkan kebaikan berupa senyuman atau lain-lain bentuk sedekah.

Rasullallah SAW bukan sekadar memberitahu tetapi Baginda juga mahu agar kita sama-sama mengerti dan faham akan tujuan dan kehendak Islam, dengan kata lain, Rasullallah SAW mahu kita semua bergerak ke arah kebaikan dan juga diluaskan skop kebaikan sejagat. Kebaikan perlu ada pada setiap insan.

Jika sedekah dihadkan kepada bentuk material, nescaya kebaikan itu juga terhad kepada mereka yang berada sahaja, tetapi Rasullallah SAW mahu kebaikan itu berada di setiap diri individu, yang mana cahayanya akan melimpah ruah yang tidak ada had dan kesudahannya.

SENYUM DAN SENYUMLAH itulah sedekah yang paling mudah. Tetapi sesetengah orang amat berat dan payah sekali untuk berbuat demikian.

Ada yang sukar memberi senyuman, mungkin jiwanya sakit atau dalam dirinya tertutup pintu kebaikan dan kebajikan. Mukanya masam dan kusam. Menjengkil perasaan benci kepada sesama manusia. Isunya disini bukanlah seteguk air, sesuap nasi, atau sebuku roti, tetapi "pemberian" yang didalangi oleh gerak dari dalam diri membuka dan mengetuk pintu hati yang tertutup.

Rasullallah SAW bukan sekadar memperkenalkan punca atau asas kebaikan, tetapi lebih lagi dari itu, Baginda mengajar kita supaya membiasakan diri dengan kebaikan adalah jiwa hidup, bergerak dan berkesan. Jiwa yang kaku dan beku adalah jiwa yang mati sebelum ajal yang tidak akan melahirkan apa-apa kebaikan darinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Adakah orang yang dilapangkan dadanya oleh Allah untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah) dari Tuhannya sama dengan orang yang sesat (keras) hatinya (dengan kedurhakaan). Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya untuk menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata."

Az-Zumar, ayat 22.

Wallahhualam.

PETIKAN DARI :WWW.TRANUNGKITE.NET

Thursday, January 26, 2006

hiburan yang tidak menghiburkan.....

Dihantar Oleh : angahmie

"Manusia sudah pandai-pandai, manusia telah maju sampai kemuncaknya. Hiburan manusia terlalu banyaknya, makanan yang sedap dicipta oleh manusia tidak terhingga banyaknya. Semuanya menyelerakan, sedap-sedap belaka.

Kenderaan yang dicipta manusia begitu canggih, kalau dahulu perjalanan sebulan sekarang satu jam sahaja. Bangunan begitu canggih tempat tinggal mereka, di musim panas ada air cond, di musim sejuk ada heater. Bahkan kemajuan manusia sudah boleh pergi ke bulan, cuma nak jadikan kampung, tidak ada daya. Berdasarkan hiburan, bermacam-macam ada, kemewahan hidup, sudah merata, keselesaan hidup, di mana pun ada, pakaian ada berjenama, makan minum terlalu mewahnya.

Kalau mengikut logik akal, manusia terhibur oleh kehidupannya, tapi pelik dimasa kini banyak orang sakit jiwa. Membunuh diri merata-rata, kalau di Amerika setiap tiga minit seorang mengorbankan nyawanya. Yang peliknya yang membunuh diri itu, orang kaya-kaya, yang mewah serba ada, yang pandai-pandai belaka, engineer, doktor, saintis, profesor.

Itu menunjukkan apa yang telah disebutkan tadi tidak menjadi hiburan. Ada hiburan yang mereka tidak jumpa iaitu hiburan Tuhan yang Maha Esa lagi Berkuasa. Tuhan adalah hiburan yang sebenarnya buat manusia, tetapi manusia ditipu oleh akalnya. Menyangka apa yang telah disebutkan tadi hiburan yang mutlaknya, tapi setelah dihasilkan tidak seperti yang disangka, ia berlaku sebaliknya, melahirkan orang sakit jiwa, akhirnya membunuh diri, mencabut jiwanya.

Begitulah manusia tidak kenal Tuhan, terpesona dengan kebolehannya. Akhirnya ditimpa penyakit jiwa mencabut nyawanya, di dunia terseksa, di Akhirat masuk neraka.

petikan dari : www.tranungkite.net

malaysia hypertension society di hilton kuala lumpur... version 1





kerjasama antara keramat consulting dan mawifc ....bermula..