Tuesday, March 14, 2006

hari keluarga PENGKALAN-KERAMAT version 2












alhamdullillah , syarikat pengkalan-keramat berjaya mengadakan hari keluarga yang kecil-kecilan di TIARA BEACH RESORT ,PORT DICKSON. disamping itu kami dijemput menghadiri majlis malam mesra dan hari keluarga PEJABAT KESIHATAN PUTRAJAYA , terima kasih kepada ALLAH TAALA atas kemurahan rezeki dan jalinan persahabatan yang baik antara kami dan PKPJ .SEMOGA IA AKAN BERKEKALAN.......INSYAALLAH...

Sunday, March 12, 2006

cerita.....WANITA..

Dihantar Oleh : annas

"Al-Haris bin Asad Al-Muhasibi, Ashbagh, Khalaf bin Al-Qasim dan sekumpulan orang lain dari Said bin Maslamah,katanya :

Sekali peristiwa datang seorang wanita kepada Siti Aisyah r.a seraya berkata :

Aku telah membai'at Rasulullah s.a.w agar aku tiada mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun,aku tidak akan mencuri,tidak akan berzina,dan tidak akan membunuh anakku,tidak akan mengadakan perkara dusta yang akan aku ada-adakannya pada kedua tanganku dan kakiku,dan aku tidak akan mendurhakaimu pada suatu perkara yang baik.Aku telah memenuhi segala yang wajib kepada Tuhanku,dan Dia juga akan memenuhi segala kehendakku,demi Allah Dia tiada akan menyiksaku lagi ! Ketika dia sedang tidur,datang kepadanya seorang Malaikat,seraya berkata kepadanya :

Bahkan,engkau pernah mendedahkan kecantikanmu,menunjukkan susuk badanmu,mengkufuri nikmat yang Allah berikan kepadamu,sentiasa menyusahkan tetanggamu,menderhakai suamimu.

Kemudian Malaikat itu menampar mukanya dengan lima jarinya,seraya berujar :

Ini lima jariku dengan lima perkara yang kau lakukan itu,jika engkau buat lebih dari itu,niscaya aku akan menambah lagi.Apabila wanita itu bangun pagi,dilihatnya tanda lima jari itu masih berbekas di wajahnya.


Dipetik Daripada :
Judul Asal Dalam Bahasa Arab (AR-RUH).

Karya :
Ibnul Qayyim.

Terjemahan:
Syed Ahmad Semait."

www.tranungkite.net

hari keluarga dan malam mesra PEJABAT KESIHATAN PUTRAJAYA..










hari keluarga PENGKALAN -KERAMAT 2005 / 2006











cintailah.....................

Dihantar Oleh : IbnuSabah

"Cerita penghinaan dan juga reaksi kebencian ke atas Nabi s.a.w oleh musuh-musuh Islam bukan perkara pelik. Yang peliknya bila umat Islam yang setiap hari melafazkan kalimah syahadah dalam solat fardu lima waktu 10 kali, tetapi tidak terasa apa-apa apabila isu penghinaan oleh penulis Denmark, kemudian diulang siar oleh beberapa media di Malaysia termasuk RTM, TV 3, NST dan beberapa lagi akhbar di sini.

Dan kerajaan pimpinan Pak Lah telah mengambil tindakan kepada semua media yang terlibat secara double standard. Kerana ada yang dihukum tutup terus syarikat dan ada pula sekadar tindakan ringan setelah memohon maaf. Di mana sebenar tanda-tanda kasih kita kepada Baginda Nabi s.a.w, apakah benar sungguh-sungguh kita kasih kepada Nabi s.a.w sekadar memberi hukuman sedemikian.
Dalam sebuah Hadith, Nabi s.a.w pernah bersabda: "Tidak beriman seorang kamu sehingga aku adalah lebih dikasihinya daripada ayahnya, anaknya dan seluruh manusia". (Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari).

Benarkah kita kasih, sayang dan cinta kepada diri Nabi s.a.w lebih daripada kasih kita kepada ayah kita, kepada anak-anak kita, kepada pemimpin-pemimpin kita atau kepada ketua-ketua kita atau kepada manusia seluruhnya.

Kalau kita benar-benar kasih kepada Nabi s.a.w, sudahkah kita bertindak mengikut kemampuan kita masing-masing dalam hal Nabi s.a.w dihina oleh penulis Denmark itu.

Alhamdulillah, sejauh ini umat Islam benar-benar bersatu dalam membantah dan menyanggah segala bentuk penghinaan kepada Nabi s.a.w. Dan berbagai cara telah kita lakukan demi mempertahankan Nabi s.a.w dari terus dihina oleh musuh-musuh Islam di seluruh dunia.

Selain dari memboikot barangan negara yang membenarkan rakyatnya menghina Nabi s.a.w, kemudian berdemontrasi dan juga membuat bantahan lain.

Tanda kasih kita kepada Nabi s.a.w juga ialah:
1. Hendaklah kita mengikuti dan mengamalkan sunnahnya.
2. Hendaklah kita mencontohi Nabi s.a.w dalam segala cara hidup, gaya, pengurusan rumahtangga, masyarakat dan negara.
3. Hendaklah kita ikut Nabi s.a.w.
4. Hendaklah kita amalkan apa yang Nabi s.a.w contohkan kepada kita dalam semua perkara.
5. Jangan sekali-kali menentang ajaran yang dibawa oleh s.a.w kepada kita.
6. Jangan lakukan apa yang Nabi s.a.w larang.
7. Kasihi Allah sebagaimana Nabi s.a.w kasih kepada Allah.
7. Kasihlah Al Quran sebagaimana kasihnya Nabi s.a.w.
8. Kasihi orang yang disukai Nabi s.a.w.
9. Bencilah sebagaimana yang dibenci Nabi s.a.w.
10. Bersikap berani dan tegaslah sebagaimana berana dan tegas Nabi s.a.w.

Akhirnya, selalulah berselawat ke atas Nabi s.a.w kerana perintah Allah di dalam Al Quran. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselamatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan (kepadanya)". Surah Al Ahzab, ayat: 56).

Semoga cinta kasih kita kepada diri Nabi s.a.w semakin kuat."

Friday, March 10, 2006

lawatan ke artcase galleries( y.m raja azhar idris ) di CITY SQUARE dan kursus menembak untuk ahli kumpulan keramat







# tujuan latihan menembak diberikan kepada staff keramat adalah untuk melahirkan sikap suka belajar dan menghadapai sesuatu cabaran baru dengan sikap tenang serta memberi fokus sepenuhnya semasa belajar & bekerja .

" tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad " & " gunakan ilmu kerana tuhan untuk manusia "