Thursday, April 27, 2006

Umi..................................Ibu.........................

annas menulis "Ummi tulusnya kasihmu
dalam mendidik anak-anak mu membelai rasa
kasih seorang ibu yang tiada berpenghujung
mengorbankan keringat suci dalam mengajar
membimbing kami ke jalan yang benar
yang tak bersempadan dalam alunan kasih sayang

penuh tulus dan ikhlas dalam mengharungi
karenah anak-anak yang sering terleka
dalam angan-angan panjang
dalam kecamuk kenakalan yang tiada batasan

ummi tulusnya kasihmu itu
membelai setiap anak tanpa perasaan jemu
dan dendam membara
memimpin kami ke jalan yang luas
penuh kekuatan semangat
walaupun jalan itu berliku penuh lara
dirimu rela berkorban tanpa meminta simpati
meminta bayaran kemewahan pada dunia
yang tiada bermakna ini

ummi ku tahu,dikau memendam rasa
memendam sekelumat kasih yang tiada berkesudahan
dalam membimbing kami untuk bersatu
dalam alunan kemesraan kasih keluarga
mekar selamanya

ummi,
ketaatan mu pada ayah
kasihmu pada anak-anak
menjadi satu contoh tauladan yang tinggi
mekar dalam kuntuman bunga yang penuh harum
bertakhtakan sinar kebahagiaan yang indah
penuh berkilauan dalam pentas kehidupan

ummi
masih terasa kucupan kasih didahi ini
memberi kekuatan semangat pada kami
untuk mengenal erti hidup sebenar dalam dunia
yang semakin tandus

kasihmu tak pernah luntur
semangat mu membara dan tak pernah luntur
mengukir senyuman sayang pada ayah
pada anak-anak tercinta
bersemi selamanya

ummi,
maafkan kami seandainya kami tersilap
tersalah langkah dalam perjalanan ini
kerana kami terkadang-kala leka pada kasihmu
lupa pada tunjuk ajarmu
dan sering kali menyakiti lubuk hati mu

ummi
moga Allah merahmatimu
dan
moga sinar kebahagiaan tetap bersamamu
buat selama-lamanya

Saturday, April 22, 2006

perkhidmatan mereka-bentuk , mencetak dan REPLICATION VIDEO COMPACT DISC







ALHAMDULLILLAH

kami diberikan tugas dan berjaya untuk merekabentuk , mencetak dan duplicate master vcd to slave dalam tempoh 24 jam selepas prototype dipersetujui oleh MINDEF.

kami juga merekabentuk , mencetak dan duplicate master vcd to slave untuk PKPJ .

# kepada sesiapa yang berminat nak duplicate DVD dan VCD yang mengikut undang2 bolehlah menghubungi kami.

Wednesday, April 19, 2006

operasi site survey untuk program MYHESS dan persidangan INTERNATIONAL PUBLIC HEALTH PYHSICAL ACTIVITY v.2












alhamdullillah ,

kami bersama pegawai tinggi kementerian KESIHATAN MALAYSIA (KKM) telah melakukan pemeriksaan terakhir serta melihat lokasi serta fasiliti kawasan dan kelengkapan barang-barang untuk persidangan INTERNATIONAL PUBLIC HEALTH PYHSICAL ACTIVITY ( IPAPH ).

# kami juga mengadakan lawatan tak rasmi ke gallery ARTCASE di city square .

semoga persidangan ini akan berjalan lancar dan memuaskan hati serta mencapai objektif persidangan.

insyaallah..

operasi ricky dan survey site untuk MESYUARAT IPAPH dan program kesihatan "MYHESS "





Tuesday, April 18, 2006

OPERASI SHERATON V.1










operasi SHERATON subang jaya , mesyuarat persatuan doktor-doktor pakar kesihatan awam , MALAYSIA ...













alhamdulillah , kami berjaya menyediakan perkhidmatan sewa BOOTH PAMERAN , LCD , SCREEN , NOTEBOOK serta kelengkapan persembahan dan peralatan komputer untuk KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan PDPKA ( MALAYSIA ) persatuan doktor pakar kesihatan awam , malaysia.

crew terlibat : IDZWAN , HUD dan RAZIF

semoga MALAYSIA akan selalu " SIHATCERIACERGAS " hendaknya.

Monday, April 10, 2006

DOA...............

Pelawat menulis "" DOA KU PADA TUHAN "

dalam menabur secebis benih cinta
ku dambakan semangat juang
semangat kasih dan sayang
meratap merintih mengeluh menadahkan tangan
sepenuh jiwa seikhlas hati kepada Mu Tuhan ku

dalam rangkaian kesumat cinta membara
air mata ini mengalir penuh penyesalan
mengenang dosa-dosa lampau
yang sering menjadi igauan
sering menjadi penyesalan yang tiada kesudahan

Tuhan ku...daku memohon kepada Mu
berilah hidayah dan petunjuk Mu
terimalah taubatku...
ampunkan segala dosa kesalahan ku
yang telah kulakukan
sejak dari kecil hinggalah kini...

dalam bermunajat dengan seribu doa penyesalan
kutadahkan tangan sepenuh hati jiwa dan raga
kumohon satu petunjuk agar perjalanan ini
kembali bersinar....

dalam kesamaran malam
kutatapi kenangan silam
penuh warna usang yang luka
yang hampir rapuh berkubur dalam lembah...
penuh kedustaan...
penuh kedayusan...
penuh kejahilan...
penuh kemungkaran...
memunafikkan diri...
memfitnahkan diri...
mendurjanai kehidupan...
mencalar merobek luka-luka yang berbisa...
yang hampir terbenam penuh dosa kehitaman
lupa pada Tuhan Semesta Alam
lupa pada Alquran dan Sunnah
lupa pada ibu dan ayah tersayang
lupa pada isteri tercinta
lupa pada anak-anak
lupa pada kaum keluarga
lupa pada segala-galanya....
Ya Allah....kukesali diri ini

dalam kebutaan dunia
daku lalai dan leka
tertipu dengan kedayusan
perasaan nafsu membara....
yang tiada penghujung...tiada kesudahan
tiada kekesalan....
berpura-purakah daku ?
atau aku telah tertipu dengan kerakusan dunia
penuh kebiadapan pada kekemarukan kedayusan
cinta terlarang penuh berserabut
terkubur layu..penuh longlai dan duka-lara...
terhempas dan berkecai
penuh parah dengan kebutaan pada permainan
cinta dunia yang tiada kesudahan....

dalam mencari hakikat cinta sebenar
daku terhantuk penuh keresahan
jiwaku lara tiada ketenangan
tiada kedamaian tiada kesenangan pada erti hidup
tiada keselesaan pada harta yang bertimbun
yang tiada membawa ketenteraman lubuk jiwa
terdampar dalam sinar penuh kesuraman
penuh gelap-gelita
meraba-raba mencari erti hidup sebenar

dalam sujud ini.....ku teramat menyesal
memohon dan meminta taubat sepenuh hati
menyesali diri yang hampir tenggelam
untuk memperbaiki kesilapan
sebelum maut menjemputku pulang.

Ya Tuhan ku....aku kembali kepada Mu